Hierarki Nilai Menurut Islam
Islam menetapkan tahap-tahap yang wajib dijadikan panduan kepada ummatnya. Hal ini agar manusia tidak ditipu oleh hawa nafsunya sendiri. Tahap-tahap tersebut ialah :
1. Nilai-Nilai Makruf (Baik).
Terdapat tiga jenis nilai makruf :
a) Harus (mubah) : Harus melakukan sesuatu. Jika dilakukan tidak mendapat pahala. Sekiranya tidak dilakukan tidak mendapat sebarang dosa.
b) Sunat (matlub) : Sekiranya dilakukan dapat pahala. Sekiranya ditinggalkan tiada balasan siksa.
c) Wajib (fardu) : Mesti dilakukan. Sekiranya melakukannya diberi pahala. Sekiranya meninggalkannya adalah dosa dan dikenakan siksa.
2. Nilai-Nilai Mungkar (Buruk).
Terdapat dua jenis nilai mungkar :
a) Makruh : Merupakan sesuatu yang dibenci. Sekiranya dilakukan tidak diberi pahala. Sekiranya ditinggalkan diberi pahala.
b) Haram : Sesuatu yang dilarang oleh Allah. Sekiranya dilakukan dikenakan siksan @ berdosa. Sekiranya meninggalkannya diberi pahala.
Nilai baik dan buruk ditentukan oleh Islam bukan berdasarkan hawa nafsu yang kebiasaannya mengarah ke arah kerosakkan. Jika sesuatu itu baik pada pandangan akal manusia tetapi buruk pada pandangan Islam, maka nilai ituadalah nilai buruk. Demikianlah sebaliknya. Contohnya, berzina itu haram. Ia adalah buruk pada pandangan Islam walaupun pada pandangan nafsu ia adalah baik. Minum arak adalah haram. Ia buruk pada pandangan Islam. Berzakat adalah baik. Solat itu baik.
Muzaakirah ini disediakan oleh :
SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH
0 Response to "Hierarki Nilai Menurut Islam"
Post a Comment