PENGKELASAN KONSEP TUHAN, MANUSIA DAN ALAM


Kosmologi : ialah salah satu bidang falsafah yang menkaji asal-usul proses dan struktur alam.


PRINSIP PERTAMA :

- PENDIDIKAN
ialah proses mencari pengalaman dan perubahan. Ianya terhasil melalui interaksi seseorang dengan alam sekitar.

- Perbezaan watak, akhlak, adat, tradisi dan cara hidup penduduk dengan iklim yang berbeza mendidik manusia mempelajari budaya satu sama lain. Penduduk dipersisiran pantai berbeza dengan penduduk di gurun dan pergunungan.

- Proses mencari pengalaman dan perubahan semestinya mempunyai guru yang boleh membimbing manusia untuk membuat pilihan yang tepat bersesuaian dengan kehendak Allah. Tanpa pembimbing akan menyebabkan manusia akan hilang arah lalu terjerumus dalam kesesatan.

    PRINSIP KEDUA

    - Alam beerti segala sesuatu selain Allah S.W.T. Ianya termasuklah cakerawala, langit, bumi, bintang, gunung, dataran, sungai, tumbuh-tumbuhan, binatang, manusia, benda dan sifat. Manusia adalah unsur alam yang paling efektif serta berdaya untuk memakmurkan alam ini. Dengan sebab itulah, manusia layak dilantik sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

    - Alam ini saling kait mengait antara satu sama yang lain. Ia mempunyai ruang beredar dan tempat bergerak. Setiap bahagian mempunyai wujud, peraturan dan disiplin yang tersendiri. Perkara ini semuanya adalah di bawah qada dan qadar dari Allah. Alam ini patuh dengan fitrah masing-masing yang ditetapkan leh Allah.

      PRINSIP KETIGA

      - WUJUD YANG MUNGKIN adalah dengan benda dan roh. Ini bermakna seseorang muslim yang mantap keimanannya dan percaya bahawa segala WUJUD YANG MUNGKIN semestinya adalah wujud benda dan roh sekaligus. 

      - Kejadian alam ini ada dua jenis :
           1. Alam Benda atau Realiti.
           2. Alam Roh atau Alam Astalika.
          - Agama mengajak manusia menghayati alam roh ini yang penuh dengan kebaikan, yang mana kebaikan tersebut lebih tinggi ertinya dari seluruh yang ada di alam benda. Kesimpulannya ialah kehidupan tidak terhasil kecuali dengan material dan spiritual.

          PRINSIP KEEMPAT

          - Alam dan seluruh isi serta fenomenanya sentiasa berubah. Kenyataan menunjukkan bahawa perubahan itu kadang-kadang kepada yang lebih baik atau lebih buruk. Oleh itu, alam ini mesti dikawal kerana dikhuatiri perubahan berlaku ke arah yang lebih buruk lagi.

          PRINSIP KELIMA

          - Alam berjalan atau bergerak mengikut undang-undang yang pasti. Setiap orang yang mengamati fenomena alam akan mendapat sesuatu kejadian yang rapi dan harmonis. Semua ini kerana alam tunduk dan patuh kepada kekuasaan pencipta alam buana ini.

          - Manusia tunduk seperti bahagian alam yang lain. Tetapi tidaklah seperti makhluk yang lain lantaran manusia tunduk dalam kebebasannya berkehendak dan membuat pilihan. Manusia yang sempurna ialah manusia yang bebas dalam kerangka Syari'at.

            PRINSIP KEENAM

            - Ada hubungan antara sebab dan musabbab.

            - Undang-undang kausal mempertalikan kejadian alam seperti urutan mata rantai yang berentetan. Semuanya kait-mengait.

            - Lantaran sebagai manusia mestilah selalu bergantung, bermunajat dan berdoa kepada Alla S.W.T dalam segala urusan yang dilakukan. Mudah-mudahan mendapat rahmat, taufiq, hidayah dan ri'ayah dari Allah.

              PRINSIP KETUJUH

              - ALAM ini ialah BAHARU. Proses perkembangannya yang kait-mengait menjelmakan ikatan sebab musabbab yang cukup membuktikan baharunya alam ini. Tanda-tanda baharunya alam ini dapat dilihat dari setiap yang berubah dan berkembang dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain dan akhirnya hancur dan hilang. Tiap unsu ada titik permulaan dan ada titik akhirnya.

              PRINSIP KELAPAN

              - Allah adalah pencipta alam ini. Penerimaan tentang hakikat baharunya alam ini bererti menerima wujudnya pencipta alam ini. Pencipta alam inilah yang menjaga, melindungi, memelihara dan menggerakkan alam ini serta memperbaharui kejadiannya terus-menerus.

              PRINSIP KESEMBILAN

              - Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan. Allah merupakan pencipta alam. Allah memiliki ciri-ciri unggul sebagai tuhan yang mutlak dan bersifat dengan segala sifat yang sempurna seperti terdapat dalam sifat 20. Allah ialah tuhan sekalian alam, kepada-Nyalah kita bertaqwa, beribadah dan memohon pertolongan.

              Muzaakirah ini disediakan oleh :
              SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
              PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
              KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

              0 Response to "PENGKELASAN KONSEP TUHAN, MANUSIA DAN ALAM"

              Post a Comment

              Iklan Atas Artikel

              Iklan Tengah Artikel 1

              Iklan Tengah Artikel 2

              Iklan Bawah Artikel