Tak Perlu Bangga Anak Cepat Jalan Lagi Lama Merangkak Otak Lagi Cerdik
Jom baca penjelasan oleh Puan Ezzaty Sufian tentang kenapa bagusnya kemahiran merangkak pada perkembangan seorang bayi sebelum dia mula mahir berjalan.
�Weyyhh, baby saya umur 12 bulan dah boleh berjalan. Langsung tak merangkak tau. Cepat gila kan?�
Ramaiiii tau ibu ayah rasa bangga bila anak boleh jalan cepat. Langsung tak pernah merangkak. Atau kalau merangkak pun sekejap je. Mungkin dalam sebulan macam tu terus dia boleh berjalan.
Sebenarnya kan, cepat berjalan tu memang dah bagus dah. Cuma skip merangkak tu yang tak berapa nak bagus. Nak tahu kenapa? Okay, zaty stori semua kat ibu ayah ya.
Otak kita ni ada satu bahagian. Namanya CORPUS CALLOSUM. Kedudukan si Callosum ni adalah di antara (tengah-tengah) otak kanan dan otak kiri kita.
Jadinya, fungsi dia palinggg utama ialah jadi SUPERHIGHWAY yang hubungkan antara dua otak kita tadi. Seolah-olah macam jambatan yang hubungkan dua belah otak.
Merangkak Bantu Rangsang Fungsi Otak
Bila otak kanan dan otak kiri berhubung, akan berlaku komunikasi antara dua otak ni. Atau bahasa kampungnya, diorang �bercakap� antara satu sama lain.
Anak-anak akan gunakan otak kanan untuk kreativiti : mewarna, melukis, muzik, imaginative play.
Otak kiri digunakan oleh anak-anak untuk konsep belajar yang lagi tinggi : membaca, menulis, penggunaan bahasa, critical thinking, problem solving.
Otak kanan dan otak kiri, walaupun ada fungsi masing-masing, diorang tetap kena berhubung. Apabila dua otak ni berhubung melalui Corpus Callosum tadi, dia sangat bantu anak-anak untuk tingkatkan koordinasi antara dua belah badan. Contohnya:
Pegang kertas dalam masa yang sama mewarna/menulis (tangan kanan+kiri)
Tepuk tangan tangan kanan+kiri)
Berlari (kaki kanan+kiri)
Tangkap bola (tangan kanan+kiri)
Pakai baju, tanggal baju (tangan kanan+kiri)
Membaca dan menulis (tangan kanan+tangan kiri+mata kanan+mata kiri)
Macam-macam lagi yang libatkan dua-dua belah badan (kiri dan kanan)
So, bila dua bahagian otak ni tak saling berkomunikasi, akan timbul banyak masalah pada anak-anak di kemudian hari nanti. Antaranya :
Cabaran dalam pembelajaran di sekolah
Speech and language delay
Susah nak kawal emosi
Masalah fokus dan attention
Masalah nak berkomunikasi
Jadinya sekarang, apa kaitan merangkak dengan hubungan otak kanan dan otak kiri?
Ikut kajian, corpus callosum dah dibentuk sejak dari baby usia 18 bulan dalam kandungan ibu. Dan akan mula berkembang pada usianya antara 6 ke 12 bulan selepas dilahirkan.
Merangkak Penting Untuk Pembelajaran Pertama
Tempoh perkembangan corpus callosum pada 6 ke 12 bulan ni lah yang dinamakan sebagai �fasa merangkak�. Merangkak adalah FASA PERMULAAN untuk anak-anak belajar tentang integrasi atau koordinasi penggunaan kedua belah badan.
Dan dengan merangkak ni juga dah tunjukkan yang corpus callosum anak-anak sedang berkembang dengan sihat. Merangkak ialah satu latihan yang bantu untuk bina serta kuatkan hubungan komunikasi antara otak kanan dengan otak kiri pada baby.
Koordinasi yang boleh kita tengok bila anak-anak merangkak ni bila dia mampu aturkan pergerakan tangan kanan bersama dengan kaki kiri dan tangan kiri kedepan bersama dengan kaki kanan pada satu arah.
So, pada waktu ni akan berlaku pertukaran maklumat serta komunikasi yang sangatttt cepat antara otak kanan dan otak kiri baby tadi melalui corpus callosum tu.
Itu baru cerita part kaitan merangkak dengan hubungan dua belah otak. Belum cerita lagi manfaat besar yang lain yang ada pada aktiviti merangkak ni.
Bantu Anak Belajar Merangkak
Anak akan mula merangkak seawal usia 6-7 bulan. Ikut pada tahap perkembangan motor kasar dia. Dan anak sepatutnya boleh merangkak pada usia maksimum 9 bulan.
Jadi, sekiranya usia 9 bulan baby masih belum boleh merangkak, kita ibu ayah yang kena ambil tindakan cepat dengan ajar dan tunjuk anak cara merangkak. Dalam makna kata lain, kita kena merangkak depan dia untuk dia tiru.
Bila anak berjaya lepas fasa merangkak, InshaaAllah kebolehan lain pun dia akan mudah catch up : berjalan, berlari, melompat dengan dua kaki, menjengket, jalan mengundur, sepak bola. Semuanya dia boleh lakukan dengan lebih cekap.
Apa cara yang terbaik untuk galakkan anak-anak merangkak?
1) Elakkan dari guna walker. Galakkan anak merangkak dan explore apa yang ada di sekeliling dia dengan bebas.
2) Lumba merangkak dengan anak. Biasanya lumba lari kan. Ni kita lumba merangkak. Apa boleh buat, sometimes kita terpaksa berlakon jadi baby jugak.
3) Letak barang yang baby suka jauh dari dia. So bila baby nak barang tu, dia akan merangkak untuk ambil. Tapi, part ni barang dia suka ke tak suka ke dia tetap akan pergi ambil.
Sebab curiousity dia tinggi. Sibuk nak tahu, nak pegang dan nak explore setiap objek yang dia nampak.
So, akhir sekali. Sebenarnya, lagi lama baby ada experience merangkak, lagi bagus untuk perkembangan kemahiran dia dan yang paling penting untuk PERKEMBANGAN OTAK dia.
Kalau ikut graf perkembangan baby, umur maksimum sepatutnya baby berjalan ialah 18 bulan.
Jadi fasa merangkak tu takde masalah kalau baby ambil masa berbulan-bulan lamanya. Dan bila dia dah rasa kuat dan dah ready, sebenarnya dia boleh berjalan dengan sangat cekap.
Ikut pengalaman zaty sendiri, fayyadh mula merangkak pada usia 7 bulan. Boleh berjalan pada usia setahun 4 bulan. Waktu dia dah tunjuk minat nak berjalan tu, ada 2-3 kali je yang kami latih dia berjalan.
Lepastu terus dia dapat berjalan dengan cekap dan setakat ni Alhamdulillah tak pernah terjatuh disebabkan berjalan.
Tokwan dia punyalah beli walker mahal nak bagi cucu cepat jalan. Yang specialnya fayyadh ni dia tak suka benda yang terkepung macam tu. Menangis-nangis bila kita letak dalam walker.
Tapi sekarang dia teringin pulak nak duduk dalam tu. Nak jadi baby balik agaknya. Alahaiii anak.
Sumber: Ezzaty Suffian
0 Response to "Tak Perlu Bangga Anak Cepat Jalan Lagi Lama Merangkak Otak Lagi Cerdik "
Post a Comment