Alasan Wanita Dilarang Angkat Berat, Salah Satunya Dapat Meyebabkan Peranakan Turun

Tombong, atau rahim jatuh sehingga keluar dari vagina merupakan satu keadaan yang paling ditakuti oleh wanita!

Istilah rahim jatuh atau peranakan jatuh kerap didengari, khususnya bagi wanita yang pernah bersalin. Apakah punca peranakan jatuh?


Pernahkah ibu anda menegur. Jangan angkat barang berat! atau Jangan tolak barang berat macam tu, tolak guna belakang badan saja. kepada anda? Nasihat ini sememang ada betulnya, ini bagi mengelakkan peranakan jatuh yang bermaksud rahim keluar dari tempat asalnya!

Peranakan jatuh atau prolaps, boleh terjadi dalam pelbagai peringkat :
  • Rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)
  • Rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda).
  • Rahim terkeluar daripada vagina dan permukaan, atau dikenali sebagai tombong.
Keadaan ini boleh menjadi tidak selesa dan bahaya untuk wanita kerana kedudukan rahim yang berdekatan dan saling berhubung dengan organ lain seperti pundi kencing, rektum dan usus. Jika berlaku tekanan pada rahim, ia akan menarik turun kesemua organ yang terlibat.


Apa Penyebab Peranakan Jatuh?

Otot pelvis yang lemah merupakan faktor utama yang menyebabkan rahim atau peranakan jatuh. Keadaan ini boleh berlaku kepada semua wanita, malah kepada yang belum pernah bersalin.
Antara punca peranakan jatuh adalah:
  • Keturunan Jika ibu atau kakak ada masalah rahim jatuh, anda berisiko untuk menjalani pembedahan membetulkan peranakan.
  • Usia Semakin tua usia, risiko lebih tinggi.
  • Penuaan Otot levator bertambah anjal seiiring usia yang meningkat.
  • Menopaus
  • Obesiti Lagi obes seseorang itu, lagi mudah untuk rahim jatuh akibat tekanan dalam perut.
  • Mengandung
  • Bersalin Terlalu kerap
  • Jarak kehamilan Hamil dalam masa yang terlalu rapat
  • Bayi besar Saiz bayi yang besar semasa bersalin normal meninggikan peluang rahim jatuh.
  • Proses bersalin Jangkamasa bersalin yang terlalu panjang
  • Kaedah melahirkan anak Menggunakan kaedah vakum atau forsep
  • Ketumbuhan Cyst dan fibroid
  • Batuk yang teruk Tekanan abdomen boleh menyebabkan organ peranakan turun.
  • Sembelit teruk yang memerlukan individu kerap meneran.
  • Kerap mengangkat berat
  • Pembedahan pada bahagian pelvis, membetulkan pundi kencing dan kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang
  • Jatuh terhentak Contohnya jatuh tangga, dan jatuh bahagian punggung dahulu.
  • Koyakan akibat bersalin normal, sama ada sedikit atau melalui guntingan episiotomi.
  • Tidak berpantang dengan baik selepas melahirkan anak atau keguguran
  • Suka menolak barang menggunakan ibu jari kaki
  • Terlalu lasak Melakukan aktiviti bersukan atau aktiviti outdoor yang memerlukan pergerakan besar.
  • Merokok menyebabkan individu kerap batuk, dan ini boleh menyebabkan tekanan pada abdomen.
Mencegah Rahim Jatuh

Anda boleh mencegah peranakan jatuh dengan cara:
  1. Lakukan kegel untuk menguatkan otot lantai pelvis.
  2. Bersenam dengan kerap.
  3. Amalkan pemakanan yang seimbang untuk mengelakkan sembelit.
  4. Jangan meneran terlalu kuat semasa membuang air besar.
  5. Pakai bengkung.
  6. Jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok.
  7. Jarakkan kehamilan.
  8. Jika anda mengalami masalah obesiti, ikhtiar turunkan berat badan.
  9. Jangan terlalu kerap mengangkat benda  berat.
  10. Jangan menolak barang dengan ibu jari kaki.
  11. Jangan terlalu lasak.
  12. Elakkan berdiri terlalu lama.
Semoga info singkat ini dapat bermanfaat dalam kehidupan kita sehari-hari. Bantu share untuk kebaikan bersama.

Sumber: my.theasianparent.com

0 Response to "Alasan Wanita Dilarang Angkat Berat, Salah Satunya Dapat Meyebabkan Peranakan Turun"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel