Pandangan Semesta Alam
Kebangkitan Islam abad moden mula tampak ketara sekitar penghujung tahun 70-an dan awal tahun 80-an. Kesungguhan para pendakwah dewasa itu dalam melaungkan seruan �tauhid� dalam erti kata sebenar; menjangkau segala bidang kehidupan insan � pada hakikatnya adalah pelestarian dan kesinambungan misi profetis yang telah diTanzilkan Tuhan kepada insan sedari kewujudan bapa manusia, Adam �alaihi s-solatu wa s-salam dalam mengingatkan manusia terhadap janji mereka di alam Lahut ketika termetrai �proklamasi alastu�. Insan yang asal mulanya bersifat dengan �nur� mula diselubung �dzulm� (kegelapan) akibat ketidak�cakna�an mereka. Justeru tugas penyeruan �rahmatan lil �alamin� ini digalas para du�at sepanjang sejarah kehidupan manusia dengan dirintis oleh para anbiya wa l-mursalin bermula Nabi Adam AS sehingga Khatim al-anbiya` Saiyidina Muhammad Bin Abdullah SAW, diikuti para sahabat dan tabiin, para pemuka sufi, para ulama` salaf mahupun khalaf, para cendiakawan Islam dalam pelbagai bidang, para penggerak harakah Islamiyah dan orang perseorangan.
Sudah menjadi sunnah, pasti sahaja puak-puak pengganggu seperti mehnah, tribulasi dan kendala membuat kacau dan melakukan fasad sepanjang perjalanan orang yang berjuang. Hanya mereka yang kuat dan punya daya tahan sahaja yang mampu meneruskan misi ini. Bukan berniat menakutkan mana-mana pihak, akan tetapi inilah hakikat yang tak sewajarnya disorok di bawah selimut orang yang sedar dan mengetahui.
Demikian pula, dalam zaman pasca-moden ini, pergolakan sosial yang berlaku dalam masyarakat akibat dampak teknologi dan sains sekular hampir sahaja meragut �kemanusiaan� pada diri manusia; sudahlah sifat �rabbaniy� seakan-akan sudah tidak wujud lagi pada makhluk yang bernama manusia itu, sifat �insani� yang sepatutnya sebati umpama daging dan tulang pada diri manusia sudah terkopek; membilang ketika untuk lekang dan luluh. Cabaran kian memuncak. Jati diri ummat manusia kian genting. Tugasan para du�at sangat mencabar dan menuntut kepada �kebijaksanaan� dan �kebijakan�.
Ya! Cabarannya makin besar dan memeritkan. Persoalannya, apakah faktor utama yang mendorong seseorang yang bergelar da�ei mampu untuk terus survive dalam suasana sebegini? Inilah perkara asasi yang bakal kita bicarakan dalam makalah ini. Dan jawabannya berkaitan dengan bagaimana pandangan mereka terhadap alam dan hakikat;- tentang pandangan alam.
Buat permulaan, wajar bagi kita memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan �pandangan alam�. Apakah �pandangan alam� itu suatu perkara (thing) yang boleh disentuh? Dipegang? Dilihat? Dicapai dan dicerap oleh indera yang lima? Pasti tidak! Tidak boleh disentuh dan dipegang, tidak akan termampu untuk dicerap dan dicapai oleh indera jasmani. �Pandangan Alam� itu dalam kata mudahnya merupakan suatu bentuk gambaran, konsep, idea, tetapan minda (mind set), mental outlook, mental vision, ideologi, paradigma dan yang sewaktu dengannya. Ia bukan suatu yang ber-fizikal. Iaabstract & intangible). Ia merupakan sesuatu yang berada dalam minda; yang sebenarnya menjadi suatu �rencana dasar� yang menentu dan memanifestasikan segala tingkah dan tindak tanduk seseorang.
�Rencana dasar� seperti itu yang menjelaskan dan mengatur makna asas (fundamental) terutama yang berkaitan dengan Tuhan, alam dan manusia serta hubung-antara atau saling-kaitan satu dengan yang lain. Rencana dasar inilah yang mempengaruhi, menganjak dan memandu kehidupan insan (cara hidup manusia). Inilah yang dapat mendefinisikan secara ringkas makna �pandangan hidup terhadap hakikat semesta� atau �pandangan wujud semesta� atau �pandangan alam�.
Pandangan alam, disebut juga sebagai weltanschauung (Bahasa German) seperti istilah dalam bidang falsafah [Bahasa German : welt = world, anschauung = view] dan worldview, translasi Bahasa Inggeris. Dalam bahasa Arab, pandangan alam dikenal sebagai tasawwur, juga ru`yah li l-wujud atau nazharah li l-wujud. Pandangan alam adalah bersifat nisbi (relatif) bagi tiap sesuatu kebudayaan dan tamadun oleh sebab masing-masing kebudayaan dan tamadun diadun oleh sistem kepercayaan dan pengaruh yang berbeza yang menuturi perbezaan mengenai pentafsiran tentang apa yang dipercayai dan diterima olehnya sebagai kebenaran dan kewujudan hakiki.
Bagaimana pula halnya dengan pandangan alam Islam? Apa yang dimaksudkan dengan istilah ru`yat ul-Islam li l-wujud (pandangan Islam terhadap kewujudan)?
Pandangan Alam Islam
Pandangan alam Islam atau diistilahkan dalam Bahasa Arab sebagai ru`yat al-Islam li l-wujud bertitik tolak daripada pandangan bahawa kewujudan alam ini bukan sekadar hanya yang tertanggap oleh indera manusiawi, bahkan juga yang tidak mampu dicerap dengan fakulti rasio insan (sumber ilmuma�qulat, empiris dan rasional).
Dari segi tinjauan Islam, yang disebut �pandangan� itu bukanlah hanya pandangan nazari, iaitu apa yang dilihat oleh mata kepala manusia dan direncanakan dengan fahaman akal nazari berdasarkan penglihatan zahir. Bukan juga hanya apa yang difahami akal nazari terhadap alam jasmani semata, sebagai contoh pandangan terhadap penglibatan manusia dalam sejarah, masyarakat, politik dan kebudayaan. Alam menurut Islam bukan terhad kepada alam syahadah (alam tampak) yang merupakan kejadian semesta yang zahir yang menjadi renungan akal nazari. Justeru, menurut Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas (al-Attas), pandangan alam Islam ialah:
�a methaphysical survey of the visible as well as the invisible worlds including the perspective of life as a whole�
Pandangan alam Islam meyakini bahawa dunia mesti dinisbahkan pada akhirat secara yang �sangat mesra� dan tidak mungkin berlaku perpisahan antara keduanya kerana akhirat itu mengandungi penghabisan makna serta tujuan hidup kita di dunia ini. Dunia dilihat sebagai persediaan bagi akhirat. Segala-galanya dalam Islam akhirnya bertumpu pada wajah akhirat dengan sedemikian cara tanpa sekali-kali menganjurkan sikap mengabaikan atau tidak mempedulikan wajah dunia.
Islam adalah ad-Diin; agama yang berperanan dalam menggaris pandu �ritual� dan �kehidupan duniawi� manusia. Ia adalah nizham al-hayah (sistem hidup). Sifat Islam yang sempurna (kamil) dan menyeluruh (syamil) yang menayangkan kepada kita pandangan alamnya yang holistik dan integral sepertimana yang diungkapkan oleh tokoh besar Gerakan Islam Ikhwan al-Muslimun, as-Syahid Imam Hassan al-Banna;
�Islam adalah sistem hidup yang syumul, mencakup seluruh fenomena kehidupan. Maka, ia adalah Negara dan tanah air atau kerajaan dan ummat; akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan; kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman; material dan kebendaan atau usaha dan kekayaan; jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Sepertimana ia adalah akidah yang benar dan ibadah yang sohih tidak ada bezanya�
Ciri-ciri pandangan alam Islam termasuklah merangkumi aspek fizikal dan spiritual: ruh dan jasad; Tuhan dan manusia; akhirat dan dunia. Pandangan alam Islam memberi penekanan terhadap perkara yang kekal dan mutlak sebagai asas kepada perkara yang berubah; kebenaran yang diTanzilkan yang sempurna dan menyeluruh dari awal dan bersifat �Tauhid�.
Pandangan alam Islam bersumberkan al-Quran; kitab suci kalamulLah yang bagaikan kemudi yang menetapkan pelayaran sesebuah kapal, menetapkan seseorang insan atas landasan yang teguh dalam mengharungi perjalanan hidupnya menuju pantai kesejahteraan.
Pandangan alam Islam menayangkan dalam akal budi insan pandangan tentang hakikat wujud, iaitu suatu pandangan yang saujana luasnya meninjau alam syahadah dan alam ghaib dengan melihat pada kehidupan secara keseluruhannya, yang �menyatakan pada insan martabatnya� dalam ciptaan Allah SWT.
Dengan berpegang teguh, memahami dan menghayati pandangan alam yang sebegini, maka para du�at mampu survive dalam menjalankan tugasnya sebagai khalifah di atas dunia dan penyebar rahmat Tuhan ke sekalian alam. Hanya orang lemah dan enggan memahami sahaja yang akan meninggalkan perjuangan dakwah ila sabili Rabbi (menuju jalan Tuhan) dan terus hanyut dalam kegelapan; sedang dia sudahpun berada dalam limpahan cahaya Ilahi (min an-Nur ila -dzulumat). Betapa ruginya manusia semacam ini. Na�uzubilLahi min dzalik. WalLahu Ta�ala a�lam.
0 Response to "Pandangan Semesta Alam"
Post a Comment