Pengertian Ihsan
Nabi Muhammad tlh menjelaskan tentang pengertian ihsan di dlm 1 hadis yg pnjang yg tlh diriwayatkan oleh Umar Al-Khattab:
??? ?????? ?? ??????? ??? : ?? ???? ???? ???? ????? ??? ?? ??? ???? ???? ????.
Maksudnya: Jibril a.s. bertanya kpd Rasulullah ttg penertian Ihsan, Nabi menjawab: ihsan itu ialah kamu beribadat kpd Allah seolah-olah kamu melihat Allah & kalau kamu tidak melihat Allah, sesungguhnya Allah melihat segala perbuatan kamu (riwayat Muslim).
Nabi Muhammad juga tlh menjelaskan pengertian Ihsan di dalam 1 hadis lain yg diriwayatkan oleh Syaddad Bin Aus r.a.:
?? ???? ??? ??????? ??? ?? ??? ??? ????? ??????? ??????? ???? ????? ?????? ??????? ????? ????? ?????? ????? ??????.
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan Ihsan kpd semua perkara. Jika kamu berperang menentang musuh elokkan cara peperangan kamu. Jika kamu sembelih binatang, elokkan cara sembelihan kamu, rehatkan ia dan tajamkan pisau sembelihan kamu (Riwayat Imam Muslim).
Syeikh Salih Ahmad Redha (1990), menerangkan maksud ihsan yg boleh disimpulkan dari ekdua-dua hadis di atas ialah:
Melakukan ibadat dengan khusyuk, ikhlas & yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi apa yang kita lakukan.
Melakukan ibadat dengan teratur, tekun dan sempurna;
Sentiasa mengingati Allah & memuji-Nya kerana Allah sentiasa mengawasi gerak-geri kita;
Sentiasa melakukan kebaikan & ihsan kepada jiran tetangga;
Ihsan kepada kedua ibu bapa dengan menghormati kedua-duanya;
Ihsan kepada anak2 dengan memberikan pendidikan agama sebaik-baiknya;
Ihsan kepada isteri dengan melayaninya dengan baik;
Ihsan kepada manusia dengan melakukan kebaikan serta mencegah kemungkaran; dan Ihsan kepada binatang, alam sekitar dan dunia.
0 Response to "Pengertian Ihsan"
Post a Comment