PENGAJIAN ISLAM


Pengenalan :

Islam ialah agama yang akhir diturunkan untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:  �Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam� (ayat 19 surah Ali �Imran).  Agama Islam ialah agama yang syumul (sempurna) berbanding agama lain yang pernah diturunkan oleh Allah s.w.t.

Apa beza agama Islam dengan agama lain? Tentu ada bezanya.  Dalam sekian banyak agama ada tiga agama yang disebut sebagai Agama Langit, iaitu Agama Yahudi, Nasrani dan Islam.  Ketiga-tiga agama ini ada kitab dan ada Rasulnya.  Agama Islam ialah agama yang akhir diturunkan kepada Nabi yang akhir iaitu Muhammad s.a.w. dan kitab terakhir iaitu al-Quran yang lebih sempurna daripada kitab-kitab sebelumnya.  Menurut al-Quran Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk semua manusia di akhir zaman, termasuklah umat yang sebelum ini seperti agama Yahudi dan Nasrani walaupun mereka mempunyai kitab dan rasul (surah al-A�raf 158).  Untuk mengetahui lebih jelas sila ikuti tajuk ini dengan teliti.


Apa makna Islam?

�Islam bermaksud selamat atau menyerah diri kepada Allah.  Ia adalah nama bagi agama Allah yang akhir sekali, ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan kepada semua manusia di akhir zaman�.

  Apakah semua manusia di akhir zaman mesti memeluk agama Islam?

  Ya, demikianlah kehendak Allah seperti yang difirmankan dalam surah Ali-Imran:   


Bermaksud:  Sesungguhnya agama (yang benar) di sisi Allah ialah Islam. 
Surah Ali-Imran ayat 19. 

Dalam ayat lain Allah berfirman:


   Maksudnya:  Sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam, maka tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat nanti termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.  Surah Ali-Imran ayat 85. 

Perkataan �Islam� berasal daripada kalimah ?????? ???????? ???????    yang bermaksud selamat dan  ???????? ???????? ??????????   bermaksud tunduk, patuh dan berserah.  Dari segi istilah ia bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. iaitu Tuhan pencipta dan pentadbir seluruh alam, dengan penuh rela, bukan dengan paksaan atau perasaan terpaksa. Berserah pula bermaksud menyerah diri kepada Allah untuk menerima perintahNya, sama ada untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya.

Islam ialah agama yang mempunyai peraturan hidup yang sempurna atau cara hidup yang syumul (a complete way of life) yang merangkumi sistem kepercayaan, perundangan dan nilai (akhlak). 

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim sahabat menceritakan bahawa pada suatu hari semasa Rasulullah s.a.w. sedang duduk-duduk bersama para sahabat tiba-tiba datang seorang lelaki yang berpakaian serba putih dan tidak seorang pun sahabat yang mengenalinya.  Dia terus masuk dan duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. sehingga lututnya bertemu dengan lutut Rasulullah s.a.w. serta berkata:
   �Wahai Muhammad, beritahu aku apa itu Islam?�  Maka jawab Rasulullah s.a.w.  �Engkau bersyahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, berpuasa Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Baitullah bagi yang kuasa sampai ke sana�. Jawabnya   �Engkau benar�

   Kemudian dia berkata lagi  �beritahu aku apa itu Iman�  Maka jawab Rasulullah s.a.w. �Engkau percaya (beriman) kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulnya, hari akhirat dan qada dan qadar�  Jawabnya  �Engkau benar�

   Kemudian dia berkata lagi �Beritahu aku apa pula maksud Ihsan�.  Maka jawab Rasulullah s.a.w.  �Bila engkau beribadat kepada Allah buatlah dengan bersungguh-sungguh seolah-olah engkau  nampak Allah.  Walaupun kamu tidak dapat melihatNya tetapi Dia (Allah) tetap melihat kamu��.�

   Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Umar al-Khattab �Kenalkah siapa orang itu� Jawab Umar �Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui�  Maka sabda Rasulullah s.a.w. �Dia adalah Jibrail datang mengajar agama kepada kamu�

Berdasarkan kepada hadis yang panjang ini kita dapat faham bahawa agama Islam mengandungi tiga perkara ini iaitu Islam, Iman dan Ihsan.  Ketiga-tiga ini juga disebut Aqidah (kepercayaan), Syari�ah (Perundangan) dan Akhlak (Nilai).  Inilah  yang dikatakan Islam itu mengandungi sistem kepercayaan, sistem perundangan dan sistem nilai.
  Pengertian Islam

 Islam (Aslama)  bermaksud tunduk, patuh dan taat kepada Allah dengan melakukan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya. 
 Pengertian Ihsan
Ihsan bermaksud melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya dan bersungguh-sungguh.
 Pengertian Iman
Iman ialah percaya kepada Allah, malaikat, kitab-kitab, rasu-rasul, hari Kiamat dan Qadha dan Qadar.

0 Response to "PENGAJIAN ISLAM"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel