Asas-Asas Islam
Asas-asas Islam
Ada tiga perkara yang menjadi asas kepada agama Islam iaitu �Aqidah, Syari�ah dan Akhlak. �Aqidah ialah kepercayaan kepada Allah, Syari�ah ialah perundangan dan Akhlak pula sistem nilai. Di bawah ini dibincang dengan lebih terperinci.
Aqidah (Sistem Kepercayaan)
Dari segi bahasa, Aqidah bermaksud simpulan atau tali yang tersimpul. Dari segi istilah syara� pula, �Aqidah bermakud kesimpulan yang tetap atau kepercayaan yang kukuh dalam diri manusia yang berkaitan dengan ketuhanan dan lain-lain kepercayaan agama.
Contohnya; �dalam hati seorang muslim terpahat satu kepercayaan yang kukuh bahawa Allah itu ada, Dia merupakan Tuhan yang berkuasa atas segala-galanya�. Ini ialah �Aqidah.
Contoh yang lain ialah �di dalam diri seorang muslim terdapat satu kepercayaan bahawa nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada tahun 571 M itu tetap wujud dan menjadi Rasul Allah untuk menyeru manusia mentauhidkan Allah�. Inilah yang dikatakan �Aqidah.
Dalam keadaan yang lain Aqidah ini disebut juga I�tiqad ( ?????? ). Ia juga bermaksud kepercayaan. Contohnya; �mengikut I�tiqad Ahlussunnah wal-Jama�ah bahawa siksa kubur itu ada�. Yakni mengikut kepercayaan Ahlussunnah wal-Jama�ah siksa kubur itu ada.
Sistem Perundangan
Adakah anda tahu ada berapa jenis undang-undang asas di dalam sistem perundangan Islam?
Dalam Islam terdapat 4 bahagian besar perundangan Islam iaitu:
- Undang-undang Ibadat
- Undang-undang Muamalat
- Undang-undang Munakahat
- Undang-undang Jinayat
Huraian
Tujuan undang-undang ini ialah untuk kesejahteraan hidup manusia, iaitu mengatur manusia supaya melakukan yangma�ruf dan menjauhi yang mungkar. Undang-undang tersebut ialah :
Undang-undang Ibadat.
Maksud Undang-undang Ibadat ialah peraturan-peraturan dan tatacara mengerjakan ibadat dalam Islam. Ini termasuklah peraturan-peraturan mengenai ibadat solat, puasa, zakat, haji, qurban, aqiqah dan sebagainya. Ibadat ini digelar Ibadat Khusus. Ia mempunyai syarat dan rukunnya, dan jika tidak menepati syarat dan rukun itu ibadat dikira tidak sah dan tidak diterima.
Selain daripada itu terdapat pula jenis ibadat lain yang digelar Ibadat Umum. Ini termasuklah semua perkerjaan yang baik yang kita lakukan setiap hari seperti bekerja, belajar, tolong menolong, sedekah, kenduri, beriadah, bermain, makan, minum, berkahwin dan lain-lain. Maksud ibadat ialah kita melakukan perkara itu kerana tunduk kepada perintah Allah, dan kita diberi ganjaran pahala kerana melakukannya.
Ini bermakna kita makan, minum, bermain, bekerja dan sebagainya akan mendapat pahala asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya, makan minum yang dibenarkan dan bekerja pada tempat yang dibenarkan. Demikianlah sebaliknya, iaitu berdosa jika makan makanan yang dilarang atau bekerja pada tempat yang dilarang.
Undang-undang Muamalat.
Ini merujuk kepada peraturan yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia seperti jual beli, sewa menyewa, hutang piutang, pengurusan, pentadbiran dan sebagainya. Dalam undang-undang muamalat terdapat beberapa peraturan untuk kepentingan dan kesejahteraan manusia.
Undang-undang Munakahat :
Undang-undang ini ialah undang-undang yang berkaitan dengan nikah kahwin. Ianya termasuklah peraturan tentang meminang, aqad nikah serta syarat-syaratnya, wali, talak, ruju�, hadhanah (hak penjagaan anak), dan lain-lain seperti yang dibincang dengan panjang lebar dalam Bab Nikah.
Undang-undang Jinayat.
Ini ialah undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran mahkamah, hukum qisas(hukum bunuh balas kepada orang yang membunuh orang), hudud, (hukum ke atas orang yang berzina, menuduh orang berzina dan mencuri), ta�zir (hukuman dera keatas orang yang minum arak) dan lain-lain.
Di Jabatan Agama Islam Negeri terdapat Undang-Undang Keluarga Islam. Cuba anda buat tinjauan di Jabatan berkenaan dan perhatikan apakah kandungan Undang-Undang tersebut
Sistem Nilai
Sekarang cuba anda fikirkan, apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Nilai Islam?
Apakah ia sama dengan sistem nilai umum yang diamalkan dalam masyarakat sekarang?
Sistem nilai Islam ialah satu sistem untuk menilai tingkah laku manusia berdasarkan hukum nilai yang diletakkan oleh Allah. Sistem nilai Islam serba tetap serta mutlak. Ia bersifat sarwajagat. Maknanya, di mana sahaja kita berada, nilai itu tetap sama, melainkan jika ada unsur-unsur lain yang menyebabkan ia berubah berdasarkan prinsip-prinsip tententu menurut perbincangan dalam ilmu Usul Fiqh. Yang uniknya ialah nilai itu diletakkan oleh Allah dan dinilai oleh Allah s.w.t., sebab itu ia serba tetap.
Adapun nilai adat dan masyarakat diletakkan oleh masyarakat dan dinilai oleh masyarakat mengikut norma masyarakat tersebut. Dengan demikian ia tidak tetap, malah banyak perbezaannya, lain masyarakat lain nilainya. Contohnya adalah seperti perabezaan antara masyarakat barat dan timur. Apa yang baik di barat tidak semestinya baik di timur. Misalnya berkucup mulut lelaki perempuan di khalayak ramai adalah bagus, tetapi bagi masyarakat timur itu tidak bagus kerana bertentangan dengan nilai adat. Kalau mengikut nilai Islam haram di timur dan haram di barat. Inilah yang dikatakan nilai Islam itu serba tetap.
Di dalam Sistem Nilai Islam terdapat 5 kategori nilai yang menjadi asas penilaian bagi semua perbuatan dan tingkah laku manusia, iaitu :
- Fardhu atau wajib
- Haram
- Sunat
- Makruh
- Mubah atau harus
Fardhu atau wajib ialah nilai tetap terhadap suruhan yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam. Melakukannya dikira beribadat dan mendapat pahala. Meninggalkannya dikira derhaka dan haram serta berdosa. Contohnya solat, puasa, mencari nafkah, menutup aurat dan sebagainya.
Haram pula ialah sesuatu yang ditegah dan dilarang. Meninggalkannya adalah satu ibadat dan diberi pahala, melakukannya adalah ingkar dan derhaka serta berdosa. Contohnya berjudi, minum arak, berzina, mendedahkan aurat, menganiayai orang atau binatang, melakukan sesuatu yang membahaya dan merosakkan diri sendiri atau orang lain seperti memandu dengan cara yang salah dan sebagainya.
Sunat ialah sesuatu yang baik dan dianjurkan supaya melakukannya. Melakukannya dikira beribadat dan mendapat pahala. Meninggalkannya tidak berdosa. Contohnya menjamu makan, menolong orang dalam keadaan biasa, memberi hormat kepada kawan dengan mengucap Salam atau ucapan lain yang sesuai bagi yang bukan Islam dan sebagainya.
Makruh ialah sesuatu yang kurang baik dilakukan, malah dianjurkan supaya meninggalkannya. Sesiapa yang meninggalkannya adalah ibadat dan diberi pahala. Melakukannya tidak berdosa. Contohnya makan makanan yang berbau tidak enak, bercakap dengan suara yang tinggi tanpa sebab dan sebagainya.
Harus atau Mubah ialah sesuatu yang dilakukan atau meninggalkannya tidak berpahala dan tidak pula berdosa. Contohnya jenis makanan dan minuman, selagi tidak diharamkan semuanya harus. Demikian juga dengan warna dan jenis pakaian. Harus memakai atau tidak memakai pakaian yang berwarna atau tidak berwarna asalkan ia menutup aurat.
Jadi apa saja yang kita lakukan dalam hidup kita seharian dan di mana saja kita berada, tidak akan terlepas daripada nilai ini. Inilah sistem nilai Islam yang cukup unik yang diletakkan oleh pencipta manusia iaitu Allah s.w.t. dan Dia-lah yang menilai dan memberi ganjaran yang sewajarnya.
Maqasid al-Shari�ah
Adakah anda biasa dengar istilah ini? Jika belum biasa perhatikan perbincangan di bawah ini
Perkataan �maqasid� berasal daripada �qasad dan maqsad� yang bererti tujuan atau maksud. Syari`ah ialah perundangan Islam. Kedua perkataan itu digabungkan bermaksud tujuan perudangan Islam atau sebahagian penulis menamakannya dengan Falsafah Tashri� atau Falsafah Perundangan Islam. Jadi, tajuk ini membincangkan mengenai mengapa diturunkan undang-undang Islam seperti yang kita ketahui sekarang.
Mengikut Haron Din (2000) tujuan Allah menurunkan undang-undang syari�at ialah untuk menjaga lima perkara, iaitu:
1. Agama
2. Jiwa
3. Akal fikiran
4. Harta benda
5. Keturunan
Huraian
Menjaga agama bermakna menjaga agama seseorang muslim itu supaya tidak jatuh, atau menjadi murtad. Menjaga agama juga bermaksud mengaja kesucian dan ketinggian agama Islam sebagai agama Allah, iaitu Tuhan yang menciptakan seluruh alam. Dengan demikian maka terdapat undang-undang syari�at yang melarang orang Islam murtad. Sekiranya murtad ia akan dinsihat supaya bertaubat dan kembali balik kepada Islam dalam masa 20 hari. Sekiranya masih engkar juga maka ia dihukum bunuh (Mastika Hadith, jld. 1). Ini adalah untuk mejaga kesucian agama, kerana yang keluar daripada Islam ia menghina Islam, lantaran itu ia dihukum bunuh.
Perundangan Islam juga mencegah penganutnya mengamalkan amalan syirik, kerana syarik boleh merosakkan aqidah seseorang. Orang yang rosak aqidah jika ia mati dalam keadaan demikian ia akan kekal di dalam neraka, sedangkan ia adalah ahli syurga kerana ia seorang muslim. Jadi, undang-undang Islam hendak menyelamatkan setiap muslim daripada neraka. Demikianlah indahnya perundangan Islam.
Menjaga Jiwa bermaksud menjaga diri seseorang daripada hilang jiwanya atau mati disebabkan oleh kezaliman manusia. Dengan sebab itu turun undang-undang melarang membunuh orang atau membunuh diri dengan apa cara sekalipun. Orang yang membunuh orang, sama ada secara terang atau sulit dikira bersalah, dan kesalahan itu hukumannya ialah dibunuh balas (hukum Qisas). Jadi, hukum Qisas itu ialah untuk memelihara jiwa manusia.
Menjaga Akal fikiran bermaksud menjaga kesihatan akal dengan menjauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi mabuk atau gila. Kerana mabuk itu menjatuhkan martabat manusia lebih rendah daripada binatang, sebab ia tidak boleh berfikir dengan waras. Malah ia akan membahayakan dan membawa kerosakan kepada orang lain khasnya jika ia memandu semasa sedang mabuk. Akal fikiran adalah anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia. Dengan demikian Islam melarang kita merosakkanya. Larangan tersebut adalah untuk memelihara akal yang sihat daripada tercemar dan memelihara keselamatan umum serta harta benda.
Harta benda ialah semua yang kita miliki. Harta benda adalah satu pemberian Allah kepada hambaNya setelah ia berusaha untuk mendapatkannya. Mencuri, menyamun, menipu, monopoli dan sebagainya adalah satu kerosakan kerana memindahkan milik seseorang kepada orang lain dengan secara zalim. Perbuatan itu juga menyebabkan masyarakat tidak aman, dengan sebab itu maka Islam mengharamkan perbuatan tersebut. Inilah falsafah di sebalik pengharamannya.
Keturunan. Manusia yang sempurna akalnya menginginkan keturunan yang baik dan sihat. Islam pula menganjurkan supaya menjaga keturunan dan melarang merosakkannya. Perbuatan zina, rogol, homoseks adalah di antara amalan-amalan yang boleh merosakkan keturunan Dengan sebab itu Islam mengharamkan semua amalan seperti tersebut. Tujuannya tidak lain melainkan untuk menjaga ketrurunan dan kedamaian rumah tangga.
Pembahagian Maqasid
Daripada keterangan di atas boleh dibuat kesimpulan bahawa Maqasid Shar�iyah boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
1. Maqasid �Ammah
2. Maqasid Khassah
Maqsih �Ammah ialah tujuannya untuk masyarakat umum. Contohnya larangan daripada mencuri, arak dan zina ialah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman umum. Yakni seluruh manusia atau ahli masyarkat mendapat manfaatnya dan terjauh daripada kerugian dan kerosakan.
Maqasid Khassah ialah kebaikannya untuk perseorangan. Contohnya orang tidak minum arak terselamat akalnya daripada rosak. Orang yang tidak meminang atas pinangan orang lain atau tunang orang, terselamat dirinya daripada cemohan orang.
Selain daripada larangan, suruhan yang positif juga mempunyai tujuan atau hikmahnya yang tertentu yang dikatakanMaqasid al-Shari�ah. Contohnya solat. Solat Jamaah dapat mengukuhkan persahabatan, malah solat itu sendiri bertujuan untuk mengingati Allah dan mendekatkan diri kepadaNya Seperti firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya Aku-lah Allah, tiada tuhan melainkan Aku. Maka beribadatlah kepadaKu dan dirikan solat untuk mengingati Aku. Surah Taha 14.
Falsafah daripada menigati Allah ialah untuk mendapat ketenangan. Firman Allah:
Maksudnya: Ingatlah bahawa dengan mengingatkan Allah akan menenteramkan jiwa. [Surah al-Ra�d 28]
Orang Islam diajar bahawa untuk mendapat ketenangan hendaklah mengingati Allah, iaitu dengan cara beribadat kepadanya, khasnya dengan mendirikan solat. Ketenangan tidak akan dapat dengan mengunjungi pusat-pusat hiburan, minum arak, mengambil dadah atau berpoya-poya. Dengan mendekatkan diri kepada Allah sahajalah yang akan dapat menenteram dan menenangkan jiwa kita.
Selain daripada itu, Allah menjamin bahawa orang yang menunaikan solat dengan sempurna akan terhindar daripada melakukan perkara mungkar dan keji. Ini jelas daripada firman Allah:
Bermaksud: Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah (pelakunya) daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar. Surah al-�Ankabut 45.
Demikianlah dengan ibadat-ibadat lain seperti zakat, haji, umarh, aqiqah, qurban dan lain-lain atau larangan-larangan Allah seperti menzalimi, memfitnah, membunuh, menuduh dan sebagainya, semuanya mempunyai hikmah-hikmahnya yang tertentu yang dipanggil Maqasi al-Shar�iyah.
Tasawwur Islam: Keistimewaan dan ciri-ciri
Adakah anda pernah mendengar perkataan Tasawwur sebelum ini?
Tasawwur ialah kalimah Arab. Biasanya diterjemahkan sebagai �pandangan hidup�. Dalam bahasa Inggeris disebut �World View�. Kalau mengikut tajuk ini ia bermaksud �Pandangan Hidup Islam�. Ada juga disebut dengan �Pandangan Alam Semesta�. Tidak ada satu terjemah yang tepat bagi kalimat tersebut. Maksudnya ialah melihat Islam secara keselulruhan, dengan demikian ternampaklah Islam itu Indah, syumul, dan istimewa kerana merangkumi segala-galanya.
Ciri-ciri Keistemewaan Islam
a. Rabbaniyah
b. Thabat wa Murunah
c. Waqi�iyyah
d. Tawazun
e. Syumul
f. Alamiyah
g. Wasatiyyah
Rabbaniyah (Ketuhanan)
Rabbaniyah bermaksud bersifat ketuhanan. Jadi, apa saja yang kita lakukan adalah dan yang disukai oleh Tuhan. Contohnya kita menolong orang, ia dikatakan Rabbaniyah kerana Tuhan yang perintahkan. Apabila kita melakukannya kita mendapat keredaan Tuhan. Demikianlah dengan yang lain, sama ada kita lakukan yang baik atau meninggalkan yang dilarang adalah kerana percaya kepada Allah, bukan kerana manusia, adat atau lainnya. Kalau kita lakukan sesuatu kerana manusia, maka ia tidak bersifat Rabbaniyah.
Thabat wa Murunah (Tetap dan anjal)
Di antara keistimewaan Islam ialah ia bersifat tetap, sama ada dari prinsip �Aqidah atau Syariah. Walaupun demikian, dalam pelaksanaannya ia adalah anjal iaitu boleh berubah. Dari aspek �Aqidah misalnya, kita tetap meyakini keesaan Allah s.w.t. dan haram serta boleh membawa kepada murtad jika seseorang Islam itu tunduk kepada berhala. Tetapi dalam keadaan terpaksa ia melakukannya sedangkan hatinya tetap mentauhidkan kepada Allah s.w.t., maka ia tidak berdosa dan tidak jatuh agamanya.
Dalam aspek syari�ah misalnya, kita diharamkan memakan bangkai dan apa-apa lagi yang diharamkan. Jika terpaksa kerana kelaparan, maka pada masa itu tidaklah berdosa kerana ia bertjuan hendak menyelamatkan nyawa.
Waqi�iyyah (Praktikal)
Dalam bahasa Melayu Waqi�iyyah boleh diterjemahkan sebagai praktikal atau ideal dan realistik. Dari segi kepercayaan, Islam adalah agama yang ideal kerana percaya kepada keesaan Allah s.w.t. dan yakin kewujudanNya serta beribadat kepada Allah serta minta tolong kepadaNya.
Dari aspek perundangan kita dapati setiap peraturan ada faedah dan maslahahnya sama ada kepada disi sendiri, keluarga dan masyarakat amnya. Contohnya seperti pengharaman arak, judi, zina dan lain-lain. Itu adalah untuk kebaikan sedang keburukannya telah diketahui oleh semua orang.
Bincang dengan kawan-kawan anda mengenai kebaikan memakan makanan yang halal dan keburukan makanan yang haram
Tawazun (Seimbang)
Seimbang bermaksud sederhana di antara dua keadaan yang bertentangan. Dalam Islam setiap perkara disyari�atkan dalam bentuk yang cukup seimbang. Ini termasuklah dalam aspek kepercayaan, perundangan dan nilai. Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:
a. Seimbang Dari Sudut Kepercayaan
Islam mengajak manusia mempercayai perkara yang dapat dibuktikan dengan hujah dan dalil yang jelas. Contohnya :
- Islam membezakan antara golongan yang keterlaluan dalam mempercayai semua perkara tanpa bukti, dengan golongan yang tidak menerima kewujudan sesuatu melainkan dengan bukti empirikal.
Dalam dunia ini ada golongan yang mempercayai wujudnya banyak tuhan, seperti menyembah binatang, pokok, matahari, bulan, bintang dan sebagainya. Mereka memuja dan meminta kepada objek berkenaan dan mereka percaya bahawa objek tersebut mempunyai kuasa memberi dan menyampaikan hajat, sedangkan akal tidak dapat membuktikan pokok itu boleh menyampaikan hajat.
Ada golongan lain pula tidak percaya kepada benda-benda yang tidak nampak. Mereka hanya percaya kepada apa yang boleh dibuktikan secara empirikal dan saintifik, atau yang boleh dibuktikan dalam makmal sains. Mereka ini menolak adanya Tuhan dan hari Qiamat. Sebab Tuhan tak boleh ditunjukkan dan hari Qiamat tak tahu di mana.
Islam adalah agama yang sederhana kerana percaya kepada perkara yang ghaib, tetapi terhad kepada apa yang diberitahu oleh Allah dan RasulNya sahaja. Islam percaya kepada adanya Tuhan, dan Tuhan itu satu sahaja iaitu Allah yang Esa. Bukti empirikal dipercayai oleh Islam selagi tidak bertentangan dengan SunnatulLah seperti yang diisyaratkan oleh Al-Quran. Ini berbeza dengan kumpulan yang percaya kepada banyak tuhan dan yang tidak percaya kepada Tuhan dan hanya percaya kepada kekuatan akal fikiran.
b. Seimbang Antara Amalan Untuk Duniawi Dengan Amalan Ukhrawi
Islam memerintahkan umatnya mengerjakan ibadat, dan dalam masa yang sama ia juga harus bekerja untuk keperluan dunianya. Islam membahagikan masa sehari semalam sesuai dengan fitrah kejadian manusia, iaitu 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk berehat dan 8 jam untuk beribadat.
Orang yang bekerja 24 jam dianggap keterlaluan untuk keduniaan dan orang yang beribadat 24 jam tanpa melakukan kerja-kerja untuk kehidupan harian, juga dianggap keterlaluan. Islam menganjurkan supaya mengambil yang seimbang dan bersikap sederhana dalam melakukan tugas-tugas seharian.
Cuba buat lakaran grafik pembahagian masa sehari semalam seperti teks di atas.
c. Seimbang Antara Kerohanian dan Kebendaan
Manusia dijadikan daripada dua unsur, iaitu jasad dan roh. Islam mengaturkan supaya kita memberi makanan kepada rohani dengan ibadat dan makanan jasmani dengan bahan makanan dan miuman yang dibenarkan. Tanpa kedua-dua jenis makanan ini manusia itu menjadi tidak seimbang.
d. Seimbang Antara Individu dan Masyarakat
Setiap individu mesti memelihara kehormatan dirinya dan dalam masa yang sama ia juga mesti memelihara kehormatan masyarakatnya. Ia tidak dibenarkan merosakkan masyarakat dengan tujuan membela dirinya. Demikian juga sebaliknya, seseorang itu tidak boleh merosakkan dirinya untuk menjaga nama baik masyarakat.
e. Seimbangan antara kepentingan Individu dan masyarakat
Kepentingan individu mestilah tidak bertentangan dengan kepentingan masyarakat. Jika ada yang bertentangan maka hendaklah diutamakan kepentingan masyarakat. Misalnya, jika negara terancam, maka pengorbanan individu diperlukan, dan harta individu perlu dikeluarkan jika masyarakat sangat memerlukannya.
Syumul (Sempurna)
Syumul bermaksud lengkap dan sempurna. Anda tentu sudah yakin bahawa agama Islam ialah agama yang akhir diturunkan oleh Allah kepada nabi yang akhir dan untuk manusia di akhir zaman. Mari sama-sama kita lihat, ia sempurna dari aspek apa?
a. Islam sempurna dari aspek jangka masa.
Nabi-nabi yang lalu diutuskan untuk satu golongan umat sahaja. Contohnya umat Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Noh, Nabi Hud, Nabi Salleh alaihimus-salam, semuanya diutus untuk kaum masing-masih untuk satu masa tertentu. Firman Allah:
Bermaksud: Dan sesunguhnya Kami telah utuskan pada tiap-tiap umat itu seorang rasul (dan menyeru mereka) �Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut�. Surah al-Nahl, 36.
FirmanNya lagi:
Bermaksud: Dan tidak Kami ustuskan sebelummu (wahai Muhammad) seorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: �Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang sebenarnya) melainkan Aku; oleh itu beribadatlah kepada Aku�. Surah al-Anbiya 25.
Ini bermaksud bahawa nabi-nabi dahulu membawa risalah yang sama daripada Allah s.w.t. iaitu agama Tauhid. Iaitu mengesakan Allah dan beribadat kepadaNya dan menjauhi perbuatan syirik, iaitu beribadat kepada selain daripada Allah.
Ini berbeza dangan Nabi Muhammad s.a.w., baginda diutuskan untuk umat akhir zaman dan terus menerus hingga hari Qiamat dan tidak ada nabi lagi selepas baginda s.a.w. Seluruh manusia adalah dituntut supaya mengikuti ajaran baginda s.a.w. Firman Allah:
Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): �Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semua�. Surah al-A�raf 158.
FimanNya lagi:
Bermaksud: Dan tidak Kami utuskan kamu (Muhammad) melainkanuntuk menjadi rahmat bagi seluruh alam. Surah al-Anbiya 107.
Untuk mengetahui lebih jelas anda boleh melihat tafsir al-Quran.
Antaranya: Surah al-Fajr ayat 5-10, Surah al-Haqqah 4 � 8, Surah Jin dan lain-lain.
b. Peraturan hidup yang sempurna.
Hidup manusia dilengkongi dengan kepercayaan, undang-undang dan juga nilai. Ketiga-tiga perkara ini telah dibincang sebelum ini dalam sub-tajuk Sistem dalam Islam. Dalam Islam telah wujud ketiga-tiga perkara ini untuk menjamin keselamatan manusia di dunia dan akhirat. Sistem kepercayaan mengatur manusia untuk berada di atas jalan yang lurus sesuai dangan pencipataanya. Sistem undang-undang mengatur kehidupan manusia, iaitu hubungan manusia sesama manusia, manusia dengan Tuhan, dengan binatang, alam sekitar dan bermacam-macam lagi.
Alamiyah: Perutusan Islam menyeluruh tanpa sempadan (Risalah Sejagat)
Nabi-nabi dahulu diutuskan untuk kaumnya dan di tempat berkenaan sahaja. Seperti Nabi Nuh, Hud, Lut, Salleh dan lain-lain. Ini berbeza dengan perutusan Nabi Muhammad s.a.w. yang mana baginda diutus untuk seluruh alam, hatta makhluk jin pun disuruh beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan tidak ada had masa dan sempadan geografi, kerana tidak ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w..
Ajaran Islam bukan sahaja berkaitan dengan hubungan manusia dengan Tuhannya, malah merangkumi hubungan manusia dengan sesama manusia, sama ada yang muslim atau bukan muslim, hubungan manusia dengan alam, termasuk binatang, dan juga hubungan manusia dengan alam ghaib seperti alam malaikat dan jin. Islam meletakkan peraturan individu, keluarga, masyarakat, kenegaraan dan hubungan antarabangsa. Ibadat pula bukan setakat solat dan haji sahaja, malah semua pergerakan adalah ibadat, termasuk bekerja, bermain, berkahwin, menolong orang, memberi makan binatang dan sebagainya.
Wasatiyyah (kesederhanaan)
Maksud Wasatiyyah ialah pertengahan atau sederhana. Malah al-Quran menggelarkan umat Islam sebagai umat pertengahan (Ummatan Wasatan). Firman Allah:
Bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan kamu (umat Islam) sebagai umat yang pertengahan (umat pilihan dan adil) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad s.a.w.) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Surah al-Baqarah 143.
Cuba anda fikir, apa maksud umat pertengahan?
Umat pertengahan dalam ayat di atas mempunyai beberapa maksud, antaranya:
a. Umat yang terpilih di sisi Allah kerana sikap dan amalannya
b. Umat yang adil dan tetap dalam keadilan
c. Umat yang di tengah iaitu yang diperhati oleh orang lain sebagai contoh
kerana keunikannya
d. Umat yang mengamalkan sikap sederhana dalam segenap segi.
Cuba kita lihat beberapa contoh sederhana:
Sederhana antara ketuhanan dan kemanusiaan: Iaitu tidak dituntut beribadat sepanjang masa sehingga meninggal kewajipan rumah tangga seperti makan minum, berkahwin dan sebagainya.
Sederhana antara kerohanian dan kebendaan: Yakni tidak dituntut supaya tinggalkan harta benda dunia atau hidup hanya mengejar dunia sehingga tidak langsung melakukan ibadat.
Sederhana dalam perbelanjaan. Iaitu tidak membazir dan tidak pula bakhil.
Sederhana dalam Ibadat. Tidak dituntut mendirikan solat sepanjang hari dan malam, tetapi solat pada waktunya dan masa lain bekerja untuk dunia.
Sederhana dalam Akhlak. Islam mendidik umatnya supaya mengahayati akhlak dengan sebaik-baiknya. Walau bagaimanapun tidaklah hendak menjadikan seorang manusia itu sebagai malaikat sehingga tidak ada cacat celanya langsung. Di samping itu tidaklah pula membiarkan seorang itu tidak berakhlak sehingga perangainya seperti syaitan.
Inilah di antara contoh-conntoh kesederhanaan dalam Islam.
Bincang dengan kawan-kawan anda mengenai kebaikan memakan makanan yang halal dan keburukan makanan yang haram.
Rumusan
Islam ialah selamat, sejahtera kerana patuh dan taat kepada perintah Allah
Iman ialah percaya kepada apa yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Ihsan ialah melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat hasil yang sebaik-baiknya
Aqidah ialah sistem kepercayaan Islam
Sistem Perundangan ialah undang-undang Islam yang mengawal tingkah laku manusia
Sistem Nilai ialah nilai yang diletakan oleh agama bagi setiap perlaku muslim
Maqasid Syari�ah ialah falsafah bagi setiap undang-undang di dalam Islam
0 Response to "Asas-Asas Islam"
Post a Comment